Monday 6 June 2011

.:: Hati yang kian hilang.::

Imam Ghazali berpesan,

"Carilah hatimu di tiga tempat.Temuilah hatimu ketika kamu membaca Al Quran.Jika kamu tidak temui,carilah ia ketika kamu bersolat.Jika masih tidak temui,maka carilah ia semasa kamu bertafakkur mengingati mati.Jika engkau tidak temuinya juga,maka berdoalah kepada Allah untuk hati yang baru,kerana hakikatnya pada ketika itu,kau tidak mempunyai hati".

Inilah pesan Hujjatul Islam buat kita.Pesanan buat kita terutama umat Islam di akhir zaman ini.Terlampau banyak tanda tanda yang menunjukkan bahawa pelbagai masalah dengan hati kita.Pabila kita bersolat,tiada rasa khusyuk.Pabila kita berzikir,tiada lagi rasa tersentuh.Pabila  kita meninggalkan solat,tiada lagi rasa bersalah.Apatah lagi keinginan untuk bangkit bertahajjud,tiada.Ilek.Yang lebih menyedihkan,tiada lagi keinginan untuk melakukan kebaikan.


Rasulullah pernah bersabda,"Di dalam sebuah jasad,ada seketul daging,Jika baik daging itu,maka,baiklah seluruh jasad.Jika buruk jasad itu,maka buruklah jasad itu.Maka ,ketahuilah ,daging itu adalah hati"

Begitulah besarnya erti dan pengaruh hati ke atas diri kita.Sungguh besar impaknya terhadap kehidupan ini.Untuk memastikan kehidupan yang sihat,kita sibuk memikirkan kesihatan fizikal,kita sanggup melaburkan beribu ribu ringgit untuk memastikan kesihatan fizikal kita.tapi berapa banyak yang kita fikirkan berkenaan kesihatan ruhiyah kita.Sama sama kita fikirkan.

"Hati ini seperti besi.Ianya boleh berkarat""Bagaimana hendak membersihkan karat itu Ya Rasulullah"Tanya para sahabat."Dengan membaca Al Quran dan mengingati mati"Jawab Rasulullah

No comments:

Post a Comment