Monday 6 June 2011

.::Antara Garisan.::

Alangkah indahnya jika hidup ini berlandaskan syariat.Hati ini sangat hampir dengan Allah.Tenangnya hati ini bagaikan ingin terawang awang bersama keharmonian dan kesyahduan.Aku masih ingat lagi di saat aku mula mengenal tahajjud,dhuha dan ibadah ibadah sunnah yang lain yang kian dilupakan manusia.Subhanallah.Inilah hidupku.Aku suka dengan kehidupan ini.


Hidup aku mula diisi dengan perkara perkara kebaikan.Dengan semangat jitu pemuda,aku bernada lantang.Sana sini aku berbicara perihal kebaikan.Di blog,Facebook,di Twitter dan di semua medium yang aku,aku sebarkan perkataan perkataanMu dan sabda sabda uswah hasanah ku.Aku sentiasa berpegang kepada sabda Muhammad " Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat".Alhamdulillah.Aku semakin tenang.Aku rasa bertuah kerana aku yang terpilih untuk mengisi saf saf perjuangan ini,berbanding rakan rakan rapat aku yang kian hanyut di buai arus budaya pelajar universiti.

Aku mula sibuk dengan halaqah,usrah,taklim,dauroh dan sebagainya.Sangat busy hinggakan roomate aku akan berasa pelik sekiranya satu malam jika aku tidak keluar.Dalam fikiran aku,hanya berkenaan dakwah dan mentajmi'.Kesibukan aku ini menyebabkan aku kian terasing dengan rakan rakan sebatch.Aku menjadi asing di kalangan mereka.Akan menjadi kejanggalan buat mereka sekiranya aku bersama mereka.Ah.Aku tidak peduli."Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing.Sungguh beruntung menjadi orang asing itu" Sabda Nabi s.a.w.Ya!Aku ingin menjadi orang asing itu.Biarlah aku terasing dari mereka.Mungkin ini yang dikatakan dugaan dalam berjuang.


Semakin lama aku berada di dalam saf ini,makin terasa kehadiran aku dalam perjuangan ini.Ini dapat dilihat dengan pelbagai jawatan yang aku pegang.Lujnah itu aku pegang.Lujnah ini aku pegang.Owh.Kedudukan aku kini mula diiktiraf orang dan aku di pandang tinggi oleh rakan rakan ku.Alhamdulillah.Aku terus berada di dalam comfort zone ini.

Pabila melihat rakan rakan aku yang lain,semakin asyik dengan game,yang bercouple semakin intim dan ada juga yang telah terlanjur,dan ada yang solat pun on dan off."Astagfirullah.Apalah nak jadi dengan korang semua.Buang masa,sia siakan masa muda korang."Kata aku di dalam hati.Aku pasti tiada harapan buat mereka.Mereka akan terus lalai ,leka dan akan terus begitu hingga bila bila.Perlakuan mereka amat berbeza dengan aku.Jika aku Subuh di awal waktu secara berjemaah,mereka pula Subuh di akhir waktu dan entah buat ke tidak.Aku pun tak pasti.Kerana aku akan duduk di surau  sehingga terang,berzikir mengingati Allah.Aku kadang kadang rasa rimas dikelilingi orang orang seperti ini.Tiada langsung watak yang dapat mengingatkan aku kepada akhirat.Arhh.Apa punya kawan la macam ini.

Dan aku terus menerus mengabaikan mereka,kerana aku pasti mereka tidak akan berubah.

Hinggalah suatu hari,di saat cuti semester yang panjang,di kala sahabat sahabat aku yang sholih semuanya berjauhan,aku mula merasa lemah,rasa diri semakin menjauh.Mujahadah menentang nafsuku,mula melemah.Diri aku mula letih dek kerana menentang nafsu yang begitu mendapat sokongan dari Televisyen,Internet,masyarakat,dan macam macam lagi.Mutabaah amal aku sudah entah ke mana.Tahajjud pula lenyap ditelan mimpi,A Quran pula tersimpan rapi di rak.Aku sudah hampir tiada lagi kekuatan untuk beribadah yang menjadi rutin aku,kerana aku kini sudah terdedah luas kepada maksiat.Walaupun ada rasa malu malu melakukan maksiat itu,tetapi keenakan bermaksiat itu lebih dari rasa malu malu yang timbul.Aku kian menjauh.Masa ku terbuang dek perkara perkara lagho.

Dan aku tidak menyangka sama sekali,tiba tiba sahabat aku yang aku pandang jijik,yang aku rasa rimas pabila bersamanya kerana tidak mengingatkan aku kepada akhirat,bertanyakan akan khabar aku dan paling mengharukan aku pabila dia bertanyakan kondisi iman aku."Zali,apa khabar kau di rumah.Apa khabar encik Iman di dada itu?"Aku menangis semahu mahunya dan meluahkan segala perasaan terbuku di hati ini.Dan aku menerima nasihat atau "lecture" dari seorang sahabat yang aku keji dahulu.Dan dengan izin Allah,Dia menjadikan sahabat ku itu sebagai penyebabnya,aku kembali kuat.Aku ingin bertaubat semahu mahunya,dan ingin membetulkan persepsi aku.

Dan kini aku sedar,antara hitam dan putih,antara baik dan jahat,hanya direntasi oleh satu garisan halus.Jika direntas garisan halus itu,kita berada di zon yang lain.Jika dulu aku putih dan sahabat ku hitam,bila bila masa sahaja,aku pula yang hitam,dan dia yang putih.Oleh itu,aku sedar yang aku juga manusia dan tidak bisa menghukum seseorang yang lain.Kerana,Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

"Jika kau berada di atas,jangan kau ingat kau akan selalu di atas.Berdoalah sentiasa,kerana Allah sahaja yang memegang hati yang berbolak balik ini".

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati ini,tetaplah hati ini di dalam agamaMu"

No comments:

Post a Comment