Sunday 24 July 2011

.::Ukhuwah::.

Ya Allah,aku bersyukur atas kurniaanMu
Kau kurniakan aku sahabat sahabat yang baik
Kau hadirkan mereka tatlkala aku mengalami kefuturan
Di saat aku mencari cari kekuatan
Kehadiran mereka umpama tonik tambahan buatku


Melihat wajah mereka,mengingatkan aku akan akhirat
Bersama mereka,aku berbicara perihal agama dan dakwah
Meluangkan masa dengan mereka,
Mendidik aku supaya berakhlak mulia




Kau kekalkanlah hubungan ini Ya Allah
Matikan aku dari dunia ini
Dengan terikatnya ikatan ukhuwah ini
Agar moganya
Aku dan mereka bisa bertemu di Syurga
Aku bermohon dengan sangat ya Allah.




"Nikmat yang terbesar selepas nikmat Iman dan Islam ialah mempunyai sahabat yang soleh.Jika kamu dapati dia baik,maka peganglah ia seerat eratnya"


Moga aku,kau dan kita terus tsabat
Terus bersama di jalan ini
Dan terus berganding tangan
Menuju tujuan yang satu
Allah dan keridhoannya.






"Sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"[49:10]

Monday 20 June 2011

.::Muhasabah buat para Du'at::.

Seringkali kita berbicara
Kita mengajak kepada kebaikan,kita menyeru manusia kepada Allah,dan kita juga beramal soleh

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata "Sungguh aku termasuk dalam golongan  orang orang muslim(menyerah diri)"[41:33]

Sesuai dan selari dengan firman Allah di atas.

Akan tetapi jangan dilupa,jangan diabai.
Kerana manusia ini bersifat lemah
Jangan biar diri kita ini hanya bijak berbicara,berkata itu dan ini
Ditambah dengan dalil dalil dari Al Quran dan Hadith,disokong pula dengan ulama muktabar
Memang hebat,memang berapi.
Akan tetapi kita terlupa,
Untuk menjalankan kata kata kita ataupun "Walk the talk"


"Wahai orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa apa yang tidak kamu kerjakan"[61:2-3]

Sangat dibenci di sisi Allah.Nauzubillah.Sungguh keras peringatan ini.
Telinga kita lebih dekat dengan mulut kita yang berbicara dari telinga yang lain yang sedang mendengar.
Maka tanggungjawab yang lebih besar untuk kita
Kita yang berbicara untuk melakukan semua apa yang telah dikatakan.


Mudah mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan di atas.Amin~

Monday 6 June 2011

.::Dakwah:Satu bebanan?::.

Dakwah?


Adakah satu bebanan atau pun kecintaan?

Kau,kau,kau dan aku..
Bersediakah kita atas tanggungjawab ke atas bahu kita ini?
Tanggungjawab untuk menyeru atas kapasiti seorang hamba dan juga seorang khalifah

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.."[2:30]

Dakwah adalah tanggungjawab fitrah sebagai seorang khalifah
Ia bukanlah satu option untuk dipilih pilih
Aku lapang sekarang,bolehlah aku berdakwah
Aku sibuk,no time for dakwah things.

Bila disebut "dakwah" kepada diri
Owh,janggal nya rasa.
Beratnya rasa.

Bila disebut "wayang" kepada diri
Jom!

Double standard apakah ini.

Ketahuilah,dakwah ini sebuah kegembiraan.
Bila aku dan kau mengajak orang ke arah kebaikan,tenangnya hati
Bila aku dan kau,bersama mengingati Allah,berbuat kebaikan,bahagianya perasaan ini
Bila aku dan kau berjumpa madu'u,terasa ingin dikongsi segala ilmu yang ada
Bila aku dan kau ingin membina,harapannya untuk ridho Allah,dan menjadi perantara turunnya hidayah


"Pabila turunnya hidayah dengan kamu menjadi perantara,ianya adalah lebih baik dari seekor unta merah"[Hadith Nabi S.A.W]

Yakinilah jalan ini
Sebuah jalan yang penuh onak duri
Akan tetapi pasti ada kemanisan di penghujung jalan
Kemanisan yang tiada tolok bandingannya
Ya!Itulah janji Tuhanku,Tuhan kau ,dan Tuhan kita


Jadi..

Mengapa anggap dakwah itu satu bebanan?

.:: Hati yang kian hilang.::

Imam Ghazali berpesan,

"Carilah hatimu di tiga tempat.Temuilah hatimu ketika kamu membaca Al Quran.Jika kamu tidak temui,carilah ia ketika kamu bersolat.Jika masih tidak temui,maka carilah ia semasa kamu bertafakkur mengingati mati.Jika engkau tidak temuinya juga,maka berdoalah kepada Allah untuk hati yang baru,kerana hakikatnya pada ketika itu,kau tidak mempunyai hati".

Inilah pesan Hujjatul Islam buat kita.Pesanan buat kita terutama umat Islam di akhir zaman ini.Terlampau banyak tanda tanda yang menunjukkan bahawa pelbagai masalah dengan hati kita.Pabila kita bersolat,tiada rasa khusyuk.Pabila kita berzikir,tiada lagi rasa tersentuh.Pabila  kita meninggalkan solat,tiada lagi rasa bersalah.Apatah lagi keinginan untuk bangkit bertahajjud,tiada.Ilek.Yang lebih menyedihkan,tiada lagi keinginan untuk melakukan kebaikan.


Rasulullah pernah bersabda,"Di dalam sebuah jasad,ada seketul daging,Jika baik daging itu,maka,baiklah seluruh jasad.Jika buruk jasad itu,maka buruklah jasad itu.Maka ,ketahuilah ,daging itu adalah hati"

Begitulah besarnya erti dan pengaruh hati ke atas diri kita.Sungguh besar impaknya terhadap kehidupan ini.Untuk memastikan kehidupan yang sihat,kita sibuk memikirkan kesihatan fizikal,kita sanggup melaburkan beribu ribu ringgit untuk memastikan kesihatan fizikal kita.tapi berapa banyak yang kita fikirkan berkenaan kesihatan ruhiyah kita.Sama sama kita fikirkan.

"Hati ini seperti besi.Ianya boleh berkarat""Bagaimana hendak membersihkan karat itu Ya Rasulullah"Tanya para sahabat."Dengan membaca Al Quran dan mengingati mati"Jawab Rasulullah

.::Antara Garisan.::

Alangkah indahnya jika hidup ini berlandaskan syariat.Hati ini sangat hampir dengan Allah.Tenangnya hati ini bagaikan ingin terawang awang bersama keharmonian dan kesyahduan.Aku masih ingat lagi di saat aku mula mengenal tahajjud,dhuha dan ibadah ibadah sunnah yang lain yang kian dilupakan manusia.Subhanallah.Inilah hidupku.Aku suka dengan kehidupan ini.


Hidup aku mula diisi dengan perkara perkara kebaikan.Dengan semangat jitu pemuda,aku bernada lantang.Sana sini aku berbicara perihal kebaikan.Di blog,Facebook,di Twitter dan di semua medium yang aku,aku sebarkan perkataan perkataanMu dan sabda sabda uswah hasanah ku.Aku sentiasa berpegang kepada sabda Muhammad " Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat".Alhamdulillah.Aku semakin tenang.Aku rasa bertuah kerana aku yang terpilih untuk mengisi saf saf perjuangan ini,berbanding rakan rakan rapat aku yang kian hanyut di buai arus budaya pelajar universiti.

Aku mula sibuk dengan halaqah,usrah,taklim,dauroh dan sebagainya.Sangat busy hinggakan roomate aku akan berasa pelik sekiranya satu malam jika aku tidak keluar.Dalam fikiran aku,hanya berkenaan dakwah dan mentajmi'.Kesibukan aku ini menyebabkan aku kian terasing dengan rakan rakan sebatch.Aku menjadi asing di kalangan mereka.Akan menjadi kejanggalan buat mereka sekiranya aku bersama mereka.Ah.Aku tidak peduli."Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing.Sungguh beruntung menjadi orang asing itu" Sabda Nabi s.a.w.Ya!Aku ingin menjadi orang asing itu.Biarlah aku terasing dari mereka.Mungkin ini yang dikatakan dugaan dalam berjuang.


Semakin lama aku berada di dalam saf ini,makin terasa kehadiran aku dalam perjuangan ini.Ini dapat dilihat dengan pelbagai jawatan yang aku pegang.Lujnah itu aku pegang.Lujnah ini aku pegang.Owh.Kedudukan aku kini mula diiktiraf orang dan aku di pandang tinggi oleh rakan rakan ku.Alhamdulillah.Aku terus berada di dalam comfort zone ini.

Pabila melihat rakan rakan aku yang lain,semakin asyik dengan game,yang bercouple semakin intim dan ada juga yang telah terlanjur,dan ada yang solat pun on dan off."Astagfirullah.Apalah nak jadi dengan korang semua.Buang masa,sia siakan masa muda korang."Kata aku di dalam hati.Aku pasti tiada harapan buat mereka.Mereka akan terus lalai ,leka dan akan terus begitu hingga bila bila.Perlakuan mereka amat berbeza dengan aku.Jika aku Subuh di awal waktu secara berjemaah,mereka pula Subuh di akhir waktu dan entah buat ke tidak.Aku pun tak pasti.Kerana aku akan duduk di surau  sehingga terang,berzikir mengingati Allah.Aku kadang kadang rasa rimas dikelilingi orang orang seperti ini.Tiada langsung watak yang dapat mengingatkan aku kepada akhirat.Arhh.Apa punya kawan la macam ini.

Dan aku terus menerus mengabaikan mereka,kerana aku pasti mereka tidak akan berubah.

Hinggalah suatu hari,di saat cuti semester yang panjang,di kala sahabat sahabat aku yang sholih semuanya berjauhan,aku mula merasa lemah,rasa diri semakin menjauh.Mujahadah menentang nafsuku,mula melemah.Diri aku mula letih dek kerana menentang nafsu yang begitu mendapat sokongan dari Televisyen,Internet,masyarakat,dan macam macam lagi.Mutabaah amal aku sudah entah ke mana.Tahajjud pula lenyap ditelan mimpi,A Quran pula tersimpan rapi di rak.Aku sudah hampir tiada lagi kekuatan untuk beribadah yang menjadi rutin aku,kerana aku kini sudah terdedah luas kepada maksiat.Walaupun ada rasa malu malu melakukan maksiat itu,tetapi keenakan bermaksiat itu lebih dari rasa malu malu yang timbul.Aku kian menjauh.Masa ku terbuang dek perkara perkara lagho.

Dan aku tidak menyangka sama sekali,tiba tiba sahabat aku yang aku pandang jijik,yang aku rasa rimas pabila bersamanya kerana tidak mengingatkan aku kepada akhirat,bertanyakan akan khabar aku dan paling mengharukan aku pabila dia bertanyakan kondisi iman aku."Zali,apa khabar kau di rumah.Apa khabar encik Iman di dada itu?"Aku menangis semahu mahunya dan meluahkan segala perasaan terbuku di hati ini.Dan aku menerima nasihat atau "lecture" dari seorang sahabat yang aku keji dahulu.Dan dengan izin Allah,Dia menjadikan sahabat ku itu sebagai penyebabnya,aku kembali kuat.Aku ingin bertaubat semahu mahunya,dan ingin membetulkan persepsi aku.

Dan kini aku sedar,antara hitam dan putih,antara baik dan jahat,hanya direntasi oleh satu garisan halus.Jika direntas garisan halus itu,kita berada di zon yang lain.Jika dulu aku putih dan sahabat ku hitam,bila bila masa sahaja,aku pula yang hitam,dan dia yang putih.Oleh itu,aku sedar yang aku juga manusia dan tidak bisa menghukum seseorang yang lain.Kerana,Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

"Jika kau berada di atas,jangan kau ingat kau akan selalu di atas.Berdoalah sentiasa,kerana Allah sahaja yang memegang hati yang berbolak balik ini".

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati ini,tetaplah hati ini di dalam agamaMu"